Welcome to MUGT Aces Of Speed (AOS) Community Page

About Us

Ace of Speed (AOS) bermula pada tahun 2023 dengan objektif utama adalah untuk memberi pendedahan kepada pelumba khususnya peminat Gran Turismo 7 tentang dunia perlumbaan simulasi atau e-racing di Malaysia. AOS menjadi platform kepada bakat-bakat baru dan komuniti Malaysia Underground GT (MUGT) serta peminat sukan permotoran maya untuk belajar, berlatih, dan bersaing dalam suasana yang positif. Kami percaya bahawa sukan e-racing bukan sekadar permainan – ia adalah ruang untuk membina disiplin, strategi, dan semangat seorang pelumba sejati. Sama ada anda baru bermula atau sudah bersedia untuk podium, AOS sedia membantu anda meluncur ke tahap seterusnya.